Daging kuda Hukum_Memakan_Daging_Haiwan_Mamalia_Maun_(Mamalia_Hebivor)_Menurut_Islam

Daging kuda adalah halal dimakan, tetapi ia lebih banyak mendatangkan kemudaratannya daripada kebaikan. Daging kuda tidak baik dimakan oleh orang yang sihat kerana dagingnya bersifat amat kering lagi panas dan dikhuatiri merbahaya pada tubuh yang sihat.

Berkenaan dengan Daging kuda, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;

“Dari Asma RA, ia berkata: “Kami menyembelih kuda, lalu kami makan. Itu masa hidupnya Rasulullah SAW”. Dan juga dari Nabi SAW, bahawasanya baginda mengizinkan (memakan) daging kuda dan baginda melarang (memakan) daging keldai (dari jenis peliharaan)”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). (Asy-Syaikhan)

Adapun begitu, sesetengah ahli Ulama Fuqaha hanya membenarkan setengah bahagian dari tubuh kuda yang disembelih itu sahaja boleh dimakan, manakala setengah bahagian tubuhnya yang lain perlulah ditinggalkan.WaAllahuA’lam Bissowab.